Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju kedestinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yangterkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikanbagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itudalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhiuban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yangbaik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itulebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsapandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutanagama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu haiorang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamumemiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tuaitu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadislantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambilmelafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini danhubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di nerakajahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpamengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitubiadab.Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepalakebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadisyang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidakmahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebihteruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadistersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembalimenemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadicemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggirjalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang anehmenimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitamseolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebutjuga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaiksaja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulahkisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakahhasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segalasesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benarini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukumAllah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
SEMOGA ANDA SEMUA BOLEH MENGMBIL IKTIBAR DR KISAH INI...