Sunday, July 12, 2009

memang VS tetapi



memang senang ingin mencari teman bergelak ketawa
tetapi amat susah untuk mencari teman menadah air mata...


memang senang mencari rakan berkongsi pengalaman manis
tetapi amat susah mencari rakan berkongsi pengalaman pahit...


memang senang ingin mencari teman untuk disakat dibuli
tetapi amat susah untuk mencari teman untuk membela diri...


memang senang melihat teman gembira
tetapi amat susah untuk teman memujuk sewaktu hati dibelenggu rasa sedih...


memang senang untuk menemani teman ke menara gading
tetapi amat susah untuk teman menemani kita ke menara gading...


memang senang untuk kita memaafkan teman yang berbuat salah
tetapi amat susah luka itu hilang dalam sekelip mata jika kesalahan itu di ulanginya...


memang senang untuk teman menilai kita secara luaran
tetapi hanya kita serta yang Maha Kuasa sahaja yang mengenali diri ini...


memang senang untuk tem,an berbicara
tetapi amat perit sekali apabila kata-kata itu tidak dipenuhinya...


memang senang untuk kita berkata-kata kepada teman tentang hal dinuawi
tetapi amat susah sekali untuk teman mendengar tentang hal ahirat nanti...


memang senang apabila teman memperkotak-katikkan hati ini dalam diam
tetapi amat perit sekali apabila kenyataan itu damai menyapa telinga...


tetapi ingatlah Allah akan sentiasa bersama kita sewaktu susah mahupun senang, Dia juga sentiasa mengingati kita apabila kita mengingatinya mahupun tidak serta Allah jugalah yang sentiasa mengetuk pintu-pintu hati hamba-hambanya...



~ by Nur Asyiqin Bt Azman ~